Menulis Jatuh Bangun Kehidupan II

Jujur, isi dalam dalam tulisan kali ini, sebenarnya merupakan idea yang mula-mula sekali muncul bila terjumpa post 'tulislah jatuh bangun kehidupan' oleh page Jejak Tarbiyah. 
.
Aku akan sentiasa ada keraguaan untuk menulis, membuatkan apa saja idea yang muncul, diperam, bila datang mood nak menulis, fuh-hilang semua idea ditiup kemalasan. 
.
Ragu-ragu gaya bahasa macam mana untuk menyampaikan fikiran.Adakah seperti tulisan Kurniawan Gunardi yang selalu saja menyentuh hati, dan sering kali bertepatan dengan setiapa rasa yang timbul dari hati. Jenaka cia-cia yang ringan tapi masih perlu membawa makna yang dalam dan serius, tidak sepertia cia cia yang sering dimainkan sepahtu. Atau, seperti tulisan hamka, yang berunsur pengajaran, pandangan dari sisi islam, mencetus idea membina peribadi dan membawa ideologi perjuangan dalam hidup, tidak kira kamu seorang wanita, lelaki atau pencinta tegar! Idealogi yang ditulis berpuluh tahun dahulu, tapi pengajarannya melintasi zaman dan tidak lupuk dek masa! Mungkin juga perlu seperti mufti Wilayah persekutuan, Dr Zulkifli-teratur, tidak membidas, tidak menghukum biar tulisannya sering berkisar tentang hukum hakam yang ditanyakan masyarakat. Ditanya satu soalan, seharusnya jawapannya satu sahaja, tapi beliau akan menjawab soalan utama, disamping diserikan dengan pengajaran yang lebih luas. Bahasanya indah, sungguh! Cuba cari jawapan beliau apabila ditanya mengenai isu peminat perempuan dipeluk penyanyi korea. 
.
Keraguan juga pada bahasa apa yang sesuai untuk disampaikan. Bahasa malaysia sepenuhnya? Atau bahasa inggeris? Atau juga rojakkan je bahasa. Because some of issue, are well delivered bg using english instead of bahasa malaysia. 
.
Dannn.. Keraguan seterusnya, pada post sebelum ini  hahahaha
Inspirasi malam ini datang bila, banyak post fb hari ini, bercerita tentang budaya membaca. Ada satu tulisan mengenai membaca lillahitaala by saiful islam. So, i choose a book and read. Terambil buku saiful nang ke 2, tulisan mengenai apa saja yang dia hadapi dalam seharian dan tulisssssss..
So, here is the result after scrolling fb seharian ni. Siapa kata media sosial hanya membawa kesan buruk? *smirk
read more

Menulis Jatuh Bangun Kehidupan

Menulis jatuh bangun kehidupan ini, bukan mudah. Kerana apa?

Kerana perlu jujur dalam menulis. kehidupan bukan sesuatu yang palsu. Maka jatuhnya kita, pasti kebanyakannya sebab kebodohan kita sendiri. Kelemahan kita. Kesilapan dalam membuat keputusan. Keraguan dalam sesuatu perkara. Nah, susahkan?

Ada yang sanggup menulis kelemahan sendiri? Mendedahkan rendahnya keyakinan kita, bahkan mungkin 'mentalnya' diri sendiri. Berani ke?

Aku kira, menulis jatuh bangunnya kehidupan, perlu juga menulis pandangan kita terhadap apa saja yang melintasi mata. maupun yang di scroll di paparan telefon canggih sendiri ataupun bahagianya sahabat baik sendiri mencapai apa yang dia inginkan. Di depannya mungkin kita melontar senyuman paling manis penuh kepalsuan, sedang didalam hati hebat menyumpat dan difikiran ligat memikirkan cara bagaimana ingin kita bina prasangka yang akan mencabut kegembiraan sahabat kita itu. Nah, sangguh untuk tulis ini?

Apa yang terlintas difikiran apa bila sesuatu isu mula dibangkitkan? Perkara viral, sesuatu yang hangat, apa saja bacaan kita dari sumber utama. Dapat kah kita zahirkan sekuat mana hentaman yang kita berikan pada perkara itu, tanpa meneliti penjelasan seterusnya? Dan yang lebih parah, sanggup ke kita memperbetulkan kembali tohmahan, disaat kita sedar apa yang kita tulis itu salah, dan perspektif kita hanya terdorong oleh megahnya boleh mengulas isu, tanpa peduli cerita sebenar yang mungkin tibanya lambat sedikit. Ringkasnya, adakah ego itu lebih penting dari kebenaran?

Pada saat ini, adakah anda berjaya mengesan kelemahan saya? Hahaha. Tahniah jika berjaya, kerana kali ini, aku betul-betul membuka ruang kelemahan. Sebab aku biarkn tulisan ini, tanpa dibaiki walau satu huruf selepas perenggan di atas. 

Selamat menulis dengan jujur!
read more

Khilaf

Assalamualaikum,
 
Atas semua perkara yang membuatkan hati terasa, itu pilihan. 
Memilih untuk memberatkan perkara tersebut atau,
melihat itu sebagai kekhilafnya sahabat pada kita.
Membiarkan perkara itu terus memberat di hati kita adalah pilihan kita sendiri.
Jadi, jika hati terus terluka dan marah terus menguasai, itu juga pilihan kita. 
read more
Assalamualaikum
 
One day I ask permission from my husband to watch movie at cinema nearby. He asked me with whom I will go there. I said I am going alone. 

His answer was 'xyah lah'

I replied 'alaaaaaa..'

He then asked me, 'Kenapa nk tengok wayang, sorang plak tu?. Bahaya'

'Ermmm, I stress, tgk wayang boleh release stress' . Yeah, watch movie do release my stress.

once again, he did not give his permission and I just reply 'ermmmm..' to him.

he them asked me back 'Kenapa, rasa terkongkong kn?'

my reply was 'xlah, rasa being protected'

Surely, he did not believe my answer as he asked 'yeke?'

I can say he may being paranoid or mengongkong as he did not allow we to watch movie, alone. One of the things that I done during my single period. But then I choose to see that, as a way of he just being protective. One of the way he shows his love, by ensuring my safety even he is not physically around. 

Its all about perspective. 
You choose which angel you like and you decide where to put your judgement. Choose to be in positive side, even then whole world against you. Dont worry, allah is with you. He is kind and surely, he will love small kindness being portrayed by you. InsyaAllah.  

read more

Duit Kuih dan kereta

Assalamualaikum
 
Ibu ada menerima tempahan untuk kuih tart bangkahulu. Satu hari, ibu ada menerima tempahan 3000 ketul kuih tart dan nilai jualan adalah hampir RM2K. Setel tempahan, ibu daoat bayaran kuih dan tiba-tiba kereta rosak teruk dan kos pembaikan kereta pun, hampir sama nilai dengan hasil jualan tempoh hari. Waktu bersembang dengan adik bongsu aku, adik menyatakan kekecewaannya.

'Ibu ni, baru dapat duit je, duit habis'

'Habis kenapa je?'

'Yela, kereta rosak teruk, mahal plak tu, xsempat nak enjoy duit, dah kena bayar kereta. Buat penat je, Tak berkat ke?'

'Ermmm, bukan macam tu adik, cuba tengok dari sisi lain, bukan keberkatan tu jadi benda penting'

Adik bertanya lagi 'Macam mana tu?'

'Yelah, Allah dah tahu kereta ibu nak rosak, dan allah dah tahu, kereta tu akan rosak teruk, dan mahal kosnya. Dan tengok apa allah aturkan. Allah sediakan pelanggan, yang nak kuih sekali banyak, bukan 2 3 pelanggan, tapi 1 je pelanggan, yang boleh sediakan duit sekali banyak dan duit tu lah Allah dah sediakan untuk ibu nak baiki kereta.   Bila duit dah cukup, dan kereta masih boleh bergerak untuk delivery kuih dan lepas tu, baru kereta rosak. kan?'

'Ermm, betul jugak'

'Allah tu kan maha pengasih, Maha Pemurah, sesapa yan berusaha, mesti Allah akan balas usahanya. Rezeki Allah tu, tak kan datang bergolek. Kita ada komitmen banyak mana sekali pun, tak boleh goyang kaki je, berdoa-Ya allah tambahlah rezeki ku.- sedang kita, masih leka dan malas. Kena usaha!'
read more

Semoga dipermudahkan urusanmu

'Semoga dipermudahkan urusan mu selepas ini'

'Nak dipermudahkan macam mana lagi? semuanya jadi sulit, dah takkan sama seperti dulu'..

Semoga dipermudahkan urusanmu sahabat,
jika dia bersalah, semoga dipermudahkan hatimu untuk memaafkannya.

Semoga, jika kesalahan itu jatuhnya juga pada bahumu, semoga dipermudahkan kesedaran didalah hatimu,
semoga mudah hatimu mengakuinya,
semoga mudah juga egomu untuk disingkirkan dan semoga mudah bagi kamu memikirkan kemana harus kamu tuju untuk memperbetulkan keadaan kembali.

semoga, jika melepaskan dia dari hidupmu (Jika lebih baik bagi kamu), semoga dipermudahkan kesabaran dan ketabahan untuk hinggap dihatimu, dan semoga, redha mu juga menjengah dalam hatimu. semoga juga, kamu dapat melepaskan dia dan mudah untuk kamu titipkan kemaafan sewaktu kamu melepaskan dia.

tetapi jika ditakdiekan tetap bersamanya, adalah lebih baik bagi kamu, semoga dipermudahkan kehidupan kamu, dia dan dia yang lagi satu. semoga mudah untuk kamu menerimanya. semoga mudah muafakat itu hadir mewarnai kehidupan kalian selepas ini dan semoga mudah juga, dia membawa kalian ke syurga.

dan apapun yang akan terjadi selepas ini, semoga kamu masih mudah untuk bersujud, masih mudah bersyukur atas dugaan yang Dia takdirkan untukmu. semoga mudah kamu mendidik hatimu bahwa, setiapa apa yang kamu sangka milik kamu, xkan pernah jd milik kamu selamanya dan aturannya, sentiasa tepat dan terbaik untuk kamu. bahkan terbaik juga untuk anak-anak kamu. saat ini kamu berduka dan menahan pedih, Dia memanggil kamu untuk mengaduh padanya,-kembali padaku wahai hamba kesayanganku, akan ku rawat setiap lukamu dan hiasinya dengan keindahan yang abadi, asal saja, kamu bersabar. sesungguhnya, aku bersama kamu. 

Dan untuk kesekian kalinya, semoga segala urusanmu, dipermudahkan. InsyaAllah.
read more